Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Sabtu, Mac 31, 2012

Program Gotong Royong

JKKKP Kampung Seberang Tok Soh Pinang Tunggal yang dibawah kawasan Klinik Kesihatan Bakar Arang Sungai Petani, telah menganjurkan satu program gotong royong bersama dengan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang. Program gotong royong ini diadakan di kampung tersebut.

Gotong royong dimulakan pada jam 8.30 pagi dan mengenal pasti  kerja kerja yang akan dilakukan. Satu kelainan yang dibuat ialah tuan rumah dimana gotong royong akan dilakukan tidak diberitahu. Ini adalah untuk mengelakkan tuan rumah membuat kerja mengemas dan pembersihan sebelum gotong royong dijalankan.

Hampir 30 orang menyertai gotong royong ini terdiri dari ahli panel dan penduduk kampung. Turut hadir ialah Penyelaras DUN Sedim.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu penduduk kampung dan memberikan kesedaran menjaga kebersihan disekitar kampung, kawasan rumah dan juga didalam rumah. Ahli panel memberi nasihat kepada penduduk kampung untuk mengamaskan kawasan rumah, membuang segala bekas bekas yang boleh menakung air yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Membuang atau membakar kayu kayu untuk menentukan kawasan tersebut tidak dijadikan sarang oleh binatang binatang berbisa dan merbahaya.

Ahli panel juga memberi pandangan dan nasihat tentang saluran air kumbahan dan air buangan dari rumah. Beberapa unit rumah juga didapati mempunyai tandas yang telah rosak dan perlu diperbaiki atau diganti.

Program ini dianggap berjaya dan mencapai matlamat. Selain dari memperkenalkan ahli ahli panel penasihat kepada orang awam ia juga memberikan aktiviti yang agak berlainan dari program panel penasihat yang dijalankan sebelum ini. Program ini mungkin dipanjangkan dan diteruskan dimasa hadapan.












Pihak JKKKP serta penduduk kampung Seberang Tok Soh Pinang Tunggal Sungai Petani sangat menghargai usaha yang dilakukan oleh panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang dan berjanji akan terus mengekalkan kebersihan kampung mereka. Mereka akan mengikuti nasihat nasihat yang diberikan untuk menjaga kesihatan dan keselamatan penduduk.

Akhirnya mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada panel penasihat.

    

Khamis, Mac 15, 2012

Taman herba

Seramai enam orang ahli panel hadir untuk mengadakan gotong royong membuat taman herba di satu kawasan berhampiran dengan rumah pengawal Klinik Kesihatan Bakar Arang. Beberapa orang kakitangan klinik turut hadir.

Tidak banyak dapat dilakukan kerana banyak pekakasan yang tiada.






     

Isnin, Mac 12, 2012

Memasang bendara baru ....

Hasil dari lawatan ahli penal penasihat ke klinik desa mendapati bendera Malaysia dan bendera negeri di tiga klinik desa amat tidak sempurna. Bendera bendera tersebut rosak, pudar warna dan ada yang koyak.

Atas initiatif senfiri, beberapa ahli panel telah mengeluarkan belanja untuk membeli bendera dan mengantikan bendera yang rosak. Kerja kerja dilakukan pada Isnin 12 Mac 2012.

Bendera di klinik desa berikut telah digantikan dengan yang baru.
  • Klinik Desa Lubuk Saga
  • Klinik Desa Pantai Prai
  • Klinik Desa Pematang Berangan




Terima kasih diucapkan kepada En Azizan Md Isan dan En Mohd Payyad Mohd Taib diatas ke prihatinan dan usaha yang dilakukan.
   

Ahad, Mac 11, 2012

Mesyuarat Panel Penasihat - 03/2012

Mesyuarat panel penasihat kali ketiga diadakan pada Ahad 11 Mac 2012 mulai jam 2.30 petang. Mesyuarat diadakan di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.



Penubuhan Kelab Diabetes - NCDP 1M

Mengikut arahan yang ditreima, setiap klinik kesihatan diarahkan menubuhkan 'Kelab Diabetes'. Ahli panel penasihat menjadi sebahagian ahli kelab tersebut manakala yang lain terdiri dari orang awam. Keutamaan akan diberikan kepada orang yang mengidap penyakit tersebut manakala orang awam lain juga dijemput menjadi ahli.

Kelab tersebut akan menjalankan aktiviti berkaitan diabetes termasuk :

1.  Mengadakan aktiviti sekurang kurangnya 2 kali sebulan

2.  Mengadakan ceramah kesihatan - 2 kali sebulan

3.  Membuat pemeriksaan BMI - 1 kali sebulan

4.  Mengadakan demonstrasi permakanan sihat - 4 kali setahun

 Disamping itu rekod BMI ahli yang terlibat akan dipantau samada program dan aktiviti diadakan memberi kesan seperti turun berat badan. 

Ahli yang merokok juga akan digalakkan untuk berhenti merokok.


Program Kemasyaratan

Satu aktiviti baru dirancang oleh panel penasihat adalah untuk mengadakan program kemasyarakatan. Sebuah rumah akan dipilih dimana ahli panel akan membantu dalam kerja kerja membersihkan kawasan luaran dan dalaman rumah tersebut. 

Aktiviti ini akan diadakan bersama dengan JKKKP dan ICU. Semoga dengan ini penduduk lain akan dapat menjadikan sebagai contoh bagaimana menjadi persekitaran rumah.

Program yang pertama ini akan diadakan di Kampung Seberang Tok Soh pada hari Sabtu 31 Mac 2012 bermula pada jam 8.00 pagi.


Taman Herba

Satu kawasan kecil berhamiran dengan pondok pengawal klinik dikenalpasti untuk dijadikan tapak taman herba. Ahli panel akan menanam pelbagai jenis pokok herba dikawasan tersebut dan ia boleh diambil oleh sesiapa yang memerlukan.

Satu aktiviti gotong royong akan diadakan pada Khamis 15 Mac 2012 mulai jam 8.00 pagi untuk menanam pokok pokok herba yang disumbangkan oleh ahli panel.