Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Sabtu, Mac 31, 2012

Program Gotong Royong

JKKKP Kampung Seberang Tok Soh Pinang Tunggal yang dibawah kawasan Klinik Kesihatan Bakar Arang Sungai Petani, telah menganjurkan satu program gotong royong bersama dengan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang. Program gotong royong ini diadakan di kampung tersebut.

Gotong royong dimulakan pada jam 8.30 pagi dan mengenal pasti  kerja kerja yang akan dilakukan. Satu kelainan yang dibuat ialah tuan rumah dimana gotong royong akan dilakukan tidak diberitahu. Ini adalah untuk mengelakkan tuan rumah membuat kerja mengemas dan pembersihan sebelum gotong royong dijalankan.

Hampir 30 orang menyertai gotong royong ini terdiri dari ahli panel dan penduduk kampung. Turut hadir ialah Penyelaras DUN Sedim.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu penduduk kampung dan memberikan kesedaran menjaga kebersihan disekitar kampung, kawasan rumah dan juga didalam rumah. Ahli panel memberi nasihat kepada penduduk kampung untuk mengamaskan kawasan rumah, membuang segala bekas bekas yang boleh menakung air yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Membuang atau membakar kayu kayu untuk menentukan kawasan tersebut tidak dijadikan sarang oleh binatang binatang berbisa dan merbahaya.

Ahli panel juga memberi pandangan dan nasihat tentang saluran air kumbahan dan air buangan dari rumah. Beberapa unit rumah juga didapati mempunyai tandas yang telah rosak dan perlu diperbaiki atau diganti.

Program ini dianggap berjaya dan mencapai matlamat. Selain dari memperkenalkan ahli ahli panel penasihat kepada orang awam ia juga memberikan aktiviti yang agak berlainan dari program panel penasihat yang dijalankan sebelum ini. Program ini mungkin dipanjangkan dan diteruskan dimasa hadapan.












Pihak JKKKP serta penduduk kampung Seberang Tok Soh Pinang Tunggal Sungai Petani sangat menghargai usaha yang dilakukan oleh panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang dan berjanji akan terus mengekalkan kebersihan kampung mereka. Mereka akan mengikuti nasihat nasihat yang diberikan untuk menjaga kesihatan dan keselamatan penduduk.

Akhirnya mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada panel penasihat.