Panel penasihat mengadakan aktiviti pemeriksaan kesihatan yang dianjurkan oleh KRT Taman Rhu, Sungai Petani pada hari Sabtu 05 Mei 2012. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan diadakan di Dewan KRT Taman Rhu.
Diantara pemeriksaan yang didisediakan untuk penduduk taman tersebut termasuk :
a. Berat badan
b. Ketinggian
c. BMI
d. Tekanan darah
e. RBS
Penduduk yang mendaftar untuk pemeriksaan juga diberikan Borang Saringan Kesihatan untuk diisikan. Borang ini akan di analisa dan jika terdapat masalah, mereka akan diminta hadir ke klinik Bakar Arang untuk tindakan selanjutnya.
Satu ceramah untuk belia dan remaja diadakan di dalam dewan. Ceramah bertajuk 'Tak Nak Obesiti' disampaikan oleh Pegawai Perubatan Klinik Bakar Arang. Ceramah disampaikan menggunakan video projektor. Ceramah menyentuh tentang punca obesiti, pemakanan sihat dan cara mengelakkan. Sessi soal jawap diadakan selepas ceramah.
Sambutan untuk program ini amatlah mengalakkan. Hampir 80 orang dari segenap lapisan umur dan jantina dapat mengetahui status kesihatan mereka. Seramai tidak kurang 35 orang remaja hadir untuk mendengar ceramah yang disampaikan.
Program berakhir pada jam 11.30 pagi walau masih ada penduduk yang datang untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan.
Pengerusi, AJK serta seluruh penduduk Taman Rhu mengucapkan terima kasih kepada panel penasihat serta kakitangan Klinik Kesihatan Bakar Arang diatas perkhidmatan yang diberikan. Panel penasihat serta staf juga mengucapkan terima kasih keatas jamuan tengah hari yang disediakan oleh penganjur.