Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Ahad, Mei 13, 2012

Mesyuarat Penal 05/2012

Mesyuarat panel penasihat kali ke lima diadakan pada hari Ahad 13 Mei 2012 mulai jam 2.30 petang. Mesyuarat diadakan di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Mesyuarat hari ini mendapat kehadiran yang amat menggalakkan dari panel awam.


Perlantikan Ahli Baru

Tiga ahli baru mulai tarikh mesyuarat ini. Perlantikan mereka adalah untuk menggantikan ahli ahli yang tidak lagi berminat dan telah lama tidak menghadiri mesyuarat.

Ahli baru dilantik  untuk mewakili kawasan mereka.


Wakil Panel

Untuk memantapkan lagi fungsi panel penasihat, mesyuarat bersetuju untuk melantik seorang ahli panel untuk setiap Klinik Desa dibawah pentadbiran Klinik Kesihatan Bakar Arang. Ahli panel yang dilantik akan menjadi penghubung untuk sebarang program, aktiviti, masalah yang dihadapi oleh klinik desa.

1.   Klinik Desa Lubuk Saga                           - En. Md Hassan

2.   Klinik Desa Pantai Perai                           - Pn. Rogayah

3.   Klinik Desa Pematang Berangan             - En. Azizan Md Isa

4.   Klinik Desa Sungai Pasir                          - Pn. Salmah

5.   Klinik Desa Batu Lintang                          - En. Majid



Kehadiran Kakitangan Klinik

Kehadiran kakitangan klinik pada mesyuarat panel amat mendukacitakan sejak kebelakangan ini. Usaha akan dibuat untuk mempertingkatkan kehadiran mereka pada mesyuarat akan datang.


Bahan untuk pameran

Panel perlu menyediakan bahan bahan seperti banner, streamer, brochure/phamplets, video atau slide show yang menunjukkan aktiviti dan program yang dijalankan oleh panel penasihat. Bahan ini akan dibawa dan dipamirkan pada aktiviti yang akan datang.

Sebagai permulaan satu khemah kecil telah diperolehi untuk tujuan tersebut.


Tindakan Lanjutan dari Program/Aktiviti Panel

Dicadangkan pihak klinik membuat semakan kepada borang borang BSK yang diedarkan kepada pengunjung semasa program ceramah dan kem kesihatan. Pihak klinik diminta untuk berhubung dengan penganjur untuk mendapat bantuan mengesan mereka yang didapati bermasalah untuk tindakan selanjutnya.


Sudut Penal Penasihat

Pihak klinik bersetuju untuk menyediakan sudut untuk panel penasihat yang akan dilengkapi dengan meja, kerusi dan notis board. Ia bertujuan untuk memberi tempat apabila ahli panel hadir ke klink untuk membantu.

Notis board akan digunakan untuk mempamirkan gambar kegiatan dan program yang dilakukan oleh panel penasihat. Carta organisasi panel juga akan di kemaskinikan dan akan digantung dibelakang meja.

Carta organisasi akan dicetak mengunakan kaedah seperti membuat banner atau sepanduk. Ia adalah murah, tidak mudah rosak dan mobile (boleh dibawa kemana mana semasa menjalankan aktiviti). Semua ahli panel diharap dapat memberi gambar terbaharu untuk tujuan tersebut.

Ia diharapkan dapat memperkenalkan kepada kakitangan klinik serta orang awam tentang apakah fungsi panel penasihat.