Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda telah menganjurkan satu khursus 'membuat blog'. Khursus diadakan pada hari Isnin 25 Jun 2012 di Dewan Kekwa, Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani bermula dari jam 08.00 pagi.
PKD Kuala Muda memberi tugas dan tanggungjawap kepada panel penasihat Klinik Bakar Arang untuk menyediakan tenaga pengajar. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada kejayaan blog yang dibina oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang yang dimulakan sejak Mac 2010.
Khursus hari ini memberi peluang kepada kakitangan klinik yang berminat untuk mempelajari cara cara membuat blog. Diharapkan dengan pengetahuan ini mereka akan dapat mengadakan blog untuk klinik masing masing dengan pengisian seperti program dan aktiviti klinik.