Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Isnin, Jun 18, 2012

Mesyuarat Khas - Hari Panel

Satu mesyuarat khas diadakan di Klinik Kesihatan Bakar Arang yang dihadir oleh panel awam pada Isnin 18 Jun 2012 mulai jam 3.00 petang. Msesyuarat bertujuan untuk membincangkan secara terperinci tentang majlis Hari Bersama Panel Penasihat dan pelancaran Kelab Diabetik Daerah Kuala Muda yang akan diadakan pada Ahad 08 July 2012.

Aturcara yang dipersetujui adalah :

Sebelah pagi
  • Pertunjukkan senamam Tai Chi oleh penduduk Taman Intan
  • Pameran Kesihatan
  • Rehat
  • Ceramah 
  • Perasmian
Sebelah petang
  • Lawatan dari Panel Penasihat Melaka
Mesyuarat membincangkan keperluan dan peralatan untuk hari tersebut. Ini termasuk "
  • Khemah lengkap
  • Peralatah perhubungan am 
  • Bahan pameran
  • Banner
Antara jemputan 
  • Pengerusi dan AJK KRT Daerah Kuala Muda. Jemputan akan dibuat melalui JPNIN Kuala Muda
  • Ahli JKKK dan AMK
  • Pengerusi dan AJK panel penasihat Daerah Kuala Muda
Tugas telah diagihkan kepada ahli panel.