Mesyuarat panel kali ke tujuh yang sepatutnya diadakan pada Ahad minggu kedua dibawa kehadapan satu minggu kepada Ahad 01 Julai 2012. Ini disebabkan program 'Hari Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang dan Pelancaran Kelab Penyakit Tidak Berjangkit (NCDPIM)' yang dijadualkan pada 08 Julai 2012. Pada hari yang sama klinik Bakar Arang juga akan menerima pelawat dari Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pulau Sebang Melaka.
Mesyuarat kali ini diadakan di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang dan dimulakan pada jam 2.30 petang. Agenda mesyuarat kali ini lebih kepada membincangkan persediaan untuk program yang akan diadakan pada minggu hadapan.
Mesyuarat menetapkan iternari program seperti berikut :-
- 8.00 pagi : Demonstrasi Senaman Wai Tan Kung dari Taman Intan
- 8.30 pagi : Pendaftaran
- 9.00 pagi : Pameran Aktiviti Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang
- 9.30 pagi : Ucapan Pengerusi Panel
- 10.00 pagi : Ceramah Kesihatan - Penyakit Kronik Daerah Kuala Muda
- 11.00 pagi : Perasmian Kelab NCD (Penyakit Tidak Berjangkit)
- 12.00 tgh hari : Bersurai
- Banner
- Khemah dan kerusi
- Sistem siaraya (PA)
- Jemputan
- Surat menyurat
- Jamuan
- Cenderahati (door gift)
- dll
Mesyuarat juga membincangkan program dan aturcara untuk lawatan dari Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pulau Sebang Melaka. Pelawat dijangka akan tiba pada jam 3.30 petang.
Aturcara lawatan :
- Lawatan sekitar klinik
- Ucapan Pengerusi
- Taklimat
- Jamuan
- Bersurai
Berbeza dengan tahun tahun sebelum ini, panel akan bermesyuarat pada bulan Ramadhan tahun ini. Mesyuarat akan diadakan pada Ahad 12 Ogos 2012 pada sebelah pagi.