Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Ahad, Julai 08, 2012

Lawatan dari Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pulau Sebang Melaka

Panel Penasihat Klinik Bakar Arang sangat berbangga kerana dipilih oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pulau Sebang Melaka sebagai aktiviti lawatan yang dianjurkan.

Pelawat dari Melaka tiba dengan selamat ke Klinik bakar Arang pada jam 4.30 petang. Pelawat tiba menaiki sebuah bas diketuai oleh pengerusi dan AJK serta keluarga. Pengerusi Panel memohon maaf kerana terlewat sampai dari masa yang telah dijanjikan. Ini adalah disebabkan kesesakkan di Padang Besar. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah pegawai perubatan klinik kesihatan Pulau Sebang.

Kedatangan pelawat disambut oleh pengerusi serta ahli panel penasihat klinik Bakar Arang serta beberapa kakitangan klinik termasuk pegawai perubatan Dr. Shahid.

Pelawat dibawa ke ruang utama klinik dan diberi sedikit penerangan tentang sejarah klinik dan pelawat diberi peluang untuk meninjau kemudahan yang disediakan di klinik Bakar Arang.

Ahli panel penasihat klinik Pulau Sebang kemudian dibawa ke bilik mesyuarat untuk taklimat. Pelawat yang lain dijemput untuk menjamu selera dengan makanan yang disukai oleh penduduk utara iaitu 'laksa kedah'. 

En Ibrahim selaku pengerusi memberikan taklimat tentang sejarah panel penasihat serta aktiviti yang dijalankan.