Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Khamis, Ogos 09, 2012

Aktiviti Panel - Kem Kesihatan Batu Lintang

Memandangkan kesuntukkan masa dan ketiadaan tarikh sesuai, ahli panel kawasan Batu Lintang telah merancangkan untuk mengadakan kem kesihatan untuk kawasan tersebut pada pertengahan bulan puasa.

Kem kesihatan tersebut diadakan di perkarangan Klinik Desa Batu Lintang.  Menurut ahli panel kawasan tersebut En. Abdul Majid Osman ini adalah kem kesihatan kali pertama yang diadakan di sini. Hebahan telah dibuat dua tiga minggu sebelum ini dan juga dihebahkan sebelum sembahyang Jumaat di masjid qariah.

Antara aktiviti yang dijalankan dan disediakan :

  • Pemeriksaan RBS
  • Ukuran BMI
  • Tekan darah

Juga disediakan pamiran jenis penyakit kronik dan pelbagai jenis pamphlet untuk diedarkan kepada orang ramai.

Sambutan amatlah agak mengecewakan kerana hanya sekadar 30 hingga 40 orang yang datang untuk melakukan ujian kesihatan. Manakala ceeramah kesihatan yang dirancang terpaksa dibatalkan kerana kekurangan peserta.

Tinjauan mendapati kekurangan kedatangan orang ramai mungkin disebabkan kerana kem kesihatan dilakukan pada pertengahan bulan puasa. Satu lagi sebab utama ialah kerana terdapat satu program politik yang diadakan di masjid berhampiran.

Walau apapun diucapkan tahniah kepada panel penasihat, kakitangan klinik yang datang untuk memberikan khidmat serta kepada ahli panel kawasan yang berusaha mengadakan kem kesihatan tersebut.