Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Khamis, Februari 14, 2013

Kursus Pengurusan Jenazah

Panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang tekah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada Khamis 14 Feb 2013 mulai jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Kursus diadakan di ruang legar tingkat satu klinik kesihatan Bakar Arang.

Hampir 20 orang peserta yang kebanyakkan terdiri dari kakitangan klinik dan 4 orang ahl panel penasihat menghadiri kursus ini.

Kursus dikendalikan oleh Puan Salmah Othman bersama dua orang pembantu. Puan Salmah juga adalah seorang ahli panel penasihat klinik Kesihatan Bakar Arang yang aktif.




Panel penasihat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kursus ini. Ucapan tahniah kepada Puan Salmah Othman bersama dua orang pembantu yang telah berjaya memberikan ilmu pengetahuan serta tunjuk ajar dalam pengendalian dan pengurusan mayat.