Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Khamis, Februari 07, 2013

Mesyuarat Panel 2/2013

Mesyuarat panel penasihat kali kedua untuk tahun 2013 diadakan pada Ahad 03 Februari mulai jam 2.30 petang dan diadakan di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Projek taman herba yang dirancang beberapa lam dahulu telah mendapat persetujuan dari pihak MPSP yang sedia membantu dari segi tenaga, bahan dan khidmat nasihat. Buat masa ini projek ditangguhkan kerana musim panas dan akan diteruskan pada musim hujan kelak.

Projek gotong royong panel penasihat bersama penduduk akan diteruskan. Gotong royong berikut akan diadakan di Kampung Pematang Kedondong pada Sabtu 23 Feb 2013. Panel diminta membawa bersama kelengkapan seperti sarung tangan, parang, gunting, cangkul dan lain lain. Satu ceramah pendek akan diadakan untuk penduduk tentang pentingnya kebersihan kawasan rumah dan kampung.

Lawatan sambil belajar akan diadakan pada bulan April 2013. Panel telah menetapkan untuk membuat lawatan ke Klinik Kesihatan Kuala Berang yang merupakan klinik pertama yang menjalankan program  NCD. Tarikh sebenar lawatan akan diberitahu kelak. Satu kertas kerja telah dibentang untuk lawatan tersebut. Ahli panel dan kekaitangan klinik Bakar Arang yang berminat diminta mendaftar nama sebelum 28 Feb 2013.

Isu mengenai ketiadaan 'Kad Panel' untuk ahli baru akan dibawa kemesyuarat peringkat negeri yang akan diadakan tidak lama lagi. Diharapkan akan mendapat keputusan positif.

Taklimat mengenai kesihatan dan topik berkaitan akan diadakan semula pada mesyuarat akan datang. Taklimat akan diadakan selepas mesyuarat. Diharapkan taklimat yang akan disampaikan nanti dapat memberi pengejaran kepada ahli panel.

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda akan menganjurkan satu bengkel mengenai Diabetic dan hypertension. Bengkel akan diadakan di Klinik Bandar, Sungai Petani pada 02 Mac 2013 bermula dari jam 08.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Oleh kerana tempat terhad, panel penasihat diperuntukkan 5 tempat.


Mesyuarat akan datang pada 10 Mac 2013.