Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Ahad, Mei 12, 2013

Mesyuarat Panel kali ke 5/2013

Mesyuarat panel penasihat kali ke lima telah diadakan pada Ahad 12 Mei 2013. Mesyuarat diadakan di bilik mesyuarat klinik kesihatan Bakar Arang bermula pada jam 2.30 petang.
 
Mesyuarat telah mengesahkan program gotong royong yang telah dirancang akan diadakan di Sungai Pasir pada Sabtu 18 Mei nanti.  Selain dari gotong royong pemeriksaan kesihatan untuk penduduk kampong akan disediakan. Permohonan juga dibuat untuk menyediakan pemeriksaan gigi untuk kanak kanak Tadika.
 
Panel diberitahu bahawa konvensyen Panel Penasihat akan diadakan pada 11 Jun 2013 di Gunung Jerai Resort. Daerah Kuala Muda telah mencadangkan Klinik Kesihatan Bakar Arang untuk membuat pembentangan program.