Satu ceramah kesihatan dianjurkan oleh panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang bersama penduduk Taman Rhu Sungai Petani pada Ahad 16 Feb 2014 mulai jam 0900 pagi. Ceramah kesihatan ini diadakan di Dewan Orang Ramain Taman Rhu.
Ceramah disampaikan oleh Dr Shahid dari Klinik Kesihatan Bakar Arang. Walaupun tajuk utama ceramah ini ialah bahaya kencing tikus, penceramah memanjang untuk memberikan sedikit ceramah tentang wabak denggi yang berlaku dikawasan ini beberapa minggu lalu.
Ceramah diadakan bertujuan memberi pengetahuan kepada penduduk terutama mereka yang terlibat dengan perniagaan makanan. Adalah diharapkan pengetahuan ini akan memberi kesedaran kepada penduduk tentang kebersihan dikawasan rumah masing masing.