Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Ahad, Februari 09, 2014

Mesyuarat Bulanan 02/2014

Buat pertama kali mesyuarat bulanan panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang diadakan di luar klinik kesihatan yang lazim diadakan. Mesyuarat kali ini diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Rhu Sungai Petani pada hari Ahad 09 Februari 2014. Mesyuarat bermula pada jam 12.00 tengah hari.

Mesyuarat diadakan di dewan ini kerana ramai ahli panel yang menghadiri program gotong royong yang diadakan di taman ini pada sebelah paginya. Untuk menjimatkan masa dan mengelakkan pembaziran masa, mesyuarat diadakan selepas program gotong royong selesai.

Pengerusi pada mesyuarat ini mengucapkan terima kasih kepada ahli panel yang hadir pada program gotong royong ini dan menganggap program anjuran bersama penduduk Taman Rhu dan Panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang berjaya mencapai matlamat. Pengerusi juga mengucapkan terima kesih kepada semua yang terlibat termasuk dari agensi lain termasuk :
  • Bomba
  • E-Idaman
  • Pertahanan Awam
  • MPSPK
  • Penduduk Taman Rhu
Pelbagai perkara yang dibincangkan pada mesyuarat ini. Antaranya adalah :
1.    Taklimat 'Bahaya Kencing Tikus' yang akan diadakan pada Ahad 16 Feb 2014

2.    Kem Kesihatan di Kampung Seberang Tok Soh pada 23 Mac 2104
3.   Program Diabetik di Telok Wang pada 30 Mac 2014

4.   Kem Kesihatan di Sungai Pasir pada April 2014. Tarikh sebenar akan diberitahu kemudian.

5.   Lawatan sambil belajar ke Terengganu pada 01 Mei 2014.

6.   Baju koporate

7.   Keahlian baru yang akan berkuat kuasa pada bulan June 1024.


Beberapa perkara juga dibangkit oleh ahli pada mesyuarat ini termasuk :