Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Selasa, Mei 13, 2014

Hari keluarga 2014

Panel penasihat menganjurkan Hari Keluarga bersama kakitangan klinik kesihatan Bakar Arang pada hari Selasa 13hb Mei 2014 yang juga cuti umum sempena Hari Wesak. Hari Keluarga diadakan diperkarangan klinik kesihatan. 

Panel penasihat dan kakitangan yang hadir bersama keluarga amat berbesar hati diatas kesudian Pegawai Kesihatan Daerah hadir pada majlis ini dan menyampaikan sedikit ucapan.

Pelbagai program berupa acara sukan diadakan untuk merapatkan siratulrahim antara kakitangan dan ahli panel.




Pendaftaran
Penganjur 
Bacaan Doa
Ucapan Pegawai Kesihatan
Ucapan PKD
Sarapan pagi
Pertandingan makan (he he....)
Roti jala
Pertanding Mewarna
Tangkap bola pingpong
Dart
Pecah belon
Boling buah nyiok
Tendangan bola gol kecil
Baling bola
Balingan kasih - semakin jauh semakin sayang
Kerusi Muzik

Hari keluarga yang julung kali diadakan ini dapat mencapai matlamat serta tujuan dan dianggap berjaya diadakan. Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat menjayakan program ini.

Program yang serupa mungkin akan diadakan lagi pada masa akan datang.