Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Sabtu, Mei 10, 2014

Kem Kesihatan Kampung Kuala Jerong

Seramai lima orang ahli panel penasihat KK Bakar Arang turun padang untuk memberikan perkhidmatan membuat pemeriksaan kesihatan percuma kepada orang ramai. Kali ini perkhimatan diberikan kepada penduduk Kampung Kuala Jerong Pantai Prai

Tarikh         : Sabtu 10 Mei 2014
Masa           : 9.00 pagi ~ 12.00 tengah hari

Pemeriksaan yang dijalankan termasuk :
  • RBS
  • Tekanan Darah
  • BMI
Turut serta dua orang jururawat klinik yang melakukan ujian 'Pap Smear' untuk wanita kampung.

Sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung menggalakkan. Seramai 33 orang datang untuk mendapatkan ujian kesihatan yang disediakan.









Penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli panel dan berharap agar program sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang. Ini memandangkan kampung terletak jauh dari klinik (hampir 20 km) dan ramai penduduk tidak dapat melakukan pemeriksaan kesihatan berkala.