Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Ahad, Januari 08, 2012

Mesyuarat Panel Penasihat 01/2012

Mesyuarat panel penasihat kali pertama untuk tahun 2012 diadakan pada Ahad 08 Januari mulai 2.45 petang di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Vest untuk panel penasihat

Mesyuarat membincangkan perkara berikut :-

Gotong Royong di Klinik Kesihatan Bakar Arang

Berikutan dengan kejayaan gotong royong pertama, gotong royong berikutnya akan diadakan pada hari Khamis 23 Feb 2012. Kawasan untuk tanaman pokok herba dan pokok bunga akan dikenalpasti. Baja diperlukan untuk pokok pokok yang sedia ada. Perbincangan lanjut mengenai gotong royong ini akan diadakan pada mesyuarat akan datang.

Pemeriksaan Kesihatan dan Lawatan ke Klinik Desa

Tarikh asal pemeriksaan kesihatan untuk ahli panel pada 12 Januari telah dipinda ke 19 Januari atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Semua yang hadir diingatkan supaya berpuasa pada sebelum malam hari sebelumnya. 

Lawatan tahunan ke klinik desa dibawah Klinik Kesihatan Bakar Arang akan dilakukan selepas pemeriksaan kesihatan tersebut

Program "Sehari Bersama Panel Penasihat"

Cadangan untuk mengadakan program 'Sehari Bersama Panel Penasihat' yang akan diadakan di Klinik Kesihatan Bakar Arang telah dipersetuju. Satu AJK kecil akan dilantik dan En. Md Zin dilantik untuk mengetuai program tersebut. Satu kertas kerja akan dibentang tentang aturcara dan pelaksaan program.

Ahli Baru

Panel penasihat melantik seorang lagi ahli panel baru untuk menggantikan ahli panel yang tidak lagi berminat untuk menyumbangkan khidmat. En Mohd Payad Bin Mohd Taib dari Pematang Kedondong dilantik. Mesyuarat berharap beliau dapat memberikan sumbangan kepada penal penasihat.

Lawatan ke Sabah

Sekiranya ada sambutan panel penasihat akan mengadakan lawatan ke Sabah. Tarikh bergantung kepada tawaran harga murah oleh syarikat penerbangan Air Asia. Mereka yang berminat boleh mendaftar dan membayar wang tambang kepada Pengerusi.