Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Isnin, Januari 23, 2012

Sukaneka Pematang Kedundong

JKKK Kampong Pematang Kedondong menjemput Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk kampung tersebut pada Isnin 23 Januari 2012 pada program tahunan sukaneka kampung.

Program adalah aktiviti tahunan yang dijalankan di kampung ini dan ia adalah kali ke sebelas aktiviti sukaneka ini diadakan.  Pada program ini, bantuan diberikan kepada ibu tunggal dan penduduk miskin. Insentif untuk pelajar yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan akhir tahun 2011 disampaikan oleh Pengerusi JKKK. Kali ini penambahbaikan dibuat dengan menyediakan pemeriksaan kesihatan untuk penduduk kampung tertama kepada warga emas.

Sambutan untuk pemeriksaan kesihatan sungguh menggalakkan. Seramai 68 orang penduduk terdiri dari lelaki dan perempuan mendapat perkhidmatan yang julung kali diadakan di kampung tersebut. Diantara pemeriksaan yang disediakan ialah :
  • BMI 
  • Tekanan Darah
  • Kandungan gula
  • Khidmat nasihat
Mereka yang menghadapi masalah kesihatan telah diberi khidmat kaunseling dan seterusnya dinasihatkan untuk mendapat perkhidmatan kesihatan lanjut di Klinik Kesihatan Bakar Arang.






  
JKKK Kampung Pematang Kedundong mengucapkan terima kasih kepada panel penasihat dan klinik Kesihatan Bakar Arang keatas kerjasama dan perkhidmatan yang disediakan. Pengerusi JKKK juga amat menghargai sumbangan yang diberikan oleh panel dan kakitangan klinik yang mengorbankan  cuti Tahun Baru Cina.