Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Ahad, April 01, 2012

Lawatan Ke Loji Pembersihan Air

Seramai 10 orang ahli panel penasihat KlinikKesihatan Bakar Arang meluang masa untuk membuat lawatan ke Loji Pembersihan Air Pinang Tunggal pada Sabtu 31 Mac 2012.

Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari proses rawatan air yang dibekalkan di kawasan Kuala Muda. Ahli panel diberi taklimat ringkas aliran proses bermula air sungai muda disaring dan di pam ke komplek rawatan. Bahan pengentalan dan pembauran di campurkan pada kuantiti yang tetapkan, kemudian melalui proses enapan, penapisan, pembasmian kuman, pembetulan pH, pengdosan fluoride dan akhirnya di pam ke tangki pengimbang sebelum di agihkan kepada pengguna.

Selepas taklimat ahli panel dibawa melawat ke tempat air sungai memasuki kolam rawtan, proses bahan kimia dicampurkan, proses pengentalan dan pembauran, tangki enapan dan penapisan, bangunan kimia, bangunan klorin dan akhirnya ke bangunan yang menempatkan pam.

Satu demonstrasi mencuci dan membersihkan tangki penapis pasir dilakukan oleh kakitangan loji. Ahli panel juga banyak soalan semasa taklimat dan semasa lawatan.

Lawatan ini nyata amat berguna dan memberi banyak pengetahuan kepada pelawat terutamanya ahli panel penasihat. Panel mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Loji Pembersihan Air Pinang Tunggal yang memberi keizinan lawatan ini.