Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Sabtu, April 28, 2012

Kem Kesihatan KRT Taman Cendana Sungai Petani

KRT Taman Cendana telah menganjurkan kem kesihatan untuk warga taman pada hari Sabtu 28 April 2012. Program tersebut diadakan di Pusat Komuniti Taman Cendana bermula dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Kem kesihatan tersebut dianjurkan bersama dengan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang. Antara perkhidmatan yang disediakan :
  • Berat Badan
  • Ketinggian
  • BMI
  • Gula dalam Darah
  • Tekanan Darah
Borang saringan kesihatan turut diedarkan untuk diisi oleh penduduk. Borang tersebut dikembalikan untuk analisa dan dibuat saringan.

Dua ceramah kesihatan disampaikan oleh Dr. Shahid, Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Bakar Arang :
  • Diabetes
  • Obesiti


Booth panel penasihat
Mengisi borang saringan kesihatan
Bacaan doa oleh ahli panel penasihat .. En. Mohd Payyad
Ucapan dan kata aluan oleh Pengerusi KRT Taman Cendana
Ceramah kesihatan oleh Dr Shahid
Ahli panel penasihat
Sebahagian dari ahli panel penasihat


Ahad, April 15, 2012

Mesyuarat Panel Penasihat - 04/2012

Mesyuarat panel penasihat kali ke empat diadakan pada Ahad 15 April 2012 mulai jam 2.30 petang. Mesyuarat diadakan dibilik mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Pengerusi meminta maaf kepada ahli panel kerana mesyuarat in dijadualkan pada Ahad 08 April terpaksa dibatalkan kerana sebab yang tidak dapat dielakkan.


Dua aktiviti dapat dilaksanakan iaitu program kemasyarakatan di Kampung Seberang Tok Soh pada 31 Mac dan Saringan Kesihatan di Taman Intan pada 14 April 2012.

Beberapa penambahbaikan dicadangkan untuk aktiviti tersebut. Diantaranya panel penasihat seharusnya mempunyai peralatan asas untuk melakukan kerja kerja gotong royong seperti cangkul, parang, sabit, gunting pokok, kereta tolak dan lain lain. Panel akan mendapatkan peralatan tersebut melalui sumbangan.

Atas kejayaan program kemasyarakatan tersebut, ia perlu diperluas dan perbagaikan. Contohnya program menziarahi orang orang sakit kronik dan memberikan khimat kaunseling dan nasihat. Panel juga boleh memainkan peranan untuk mencari 'defaulter' iaitu pesakit yang tidak menghadirkan diri untuk pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital.

Pihak klinik Kesihatan Bakar Arang bersetuju untuk menyidakan satu sudut panel penasihat. Meja dan kerusi akan disediakan untuk membolehkan ahli panel melakukan kerja kerja bantuan diklinik. Notis biard juga akan disediakan untuk mempamirkan aktiviti serta program yang dilakukan oleh panel penasihat.

Aktivit akan datang :

1.  Taman Cendana

      Pemeriksaan kesihatan untuk penduduk anjuran KRT Taman Cendana

      Tarikh  :           Sabtu 28 April 2012
      Masa :             08.00 pagi hingga 1.00 petang
      Tempat :          Dewan Orang Ramai Taman Cendana

     Ceramah :        Diabetes


2.  Taman Rhu

      Pemeriksaan kesihatan untuk penduduk anjuran KRT Taman Rhu

      Tarikh  :           Sabtu 05 Mei 2012
      Masa :             08.00 pagi hingga 11.30 pagi
      Tempat :          Dewan Orang Ramai Taman Rhu

     Ceramah :        'Tak Nak Obes' di kalangan remaja


3.  Taman Setia / Taman Sentosa

      Pemeriksaan kesihatan untuk penduduk anjuran KRT Taman Setia / Taman Sentosa

      Tarikh  :           Sabtu 12 Mei 2012
      Masa :             08.00 pagi hingga 4.00 petang
      Tempat :          Sekolah Kebangsaan Sing Kuang, Sungai Petani

     Program ini akan disertai oleh Hospital Pakar Metro, Hospital Pakar Pantai, Kelab Rotary
     dan Lion Club.


Baju T dan Streamer
Memandang banyak aktiviti dan program yang melibatkan panel, mesyuarat bersetuju untuk menempah baju T untuk ahli panel. Beberapa 'streamer' akan ditempah untuk memperkenalkan panel penasihat kepada orang ramai.

 

Sabtu, April 14, 2012

Kem Kesihatan : KRT Taman Intan 2012

Panel penasihat telah dijemput oleh KRT Taman Intan untuk membuat 'Saringan Kesihatan' untuk penduduk Taman Intan dan taman taman berhampiran pada Sabtu 14 April 2012 bermula pada jam 08.30 pagi. Program saringan dan pemeriksaan kesihatan diadakan di dalam Dewan Seri Intan, Taman Intan.

Program ini diadakan dan dianjurkan pada setiap tahun oleh KRT Taman Intan. Program ini menunjukkan ke prihatinan penduduk taman untuk menentukan orang ramai dapat menjalani pemeriksaan kesihatan berkala. Juga memberi kesedaran penjagaan kesihatan kepada orang ramai.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk :
  • Ukuran ketinggian
  • Berat badan
  • BMI atau Jisim Berat Badan
  • Pemeriksaan Gula dalam Darah
  • Tekanan Darah
  • Pap Smear
Disamping itu nasihat dan khidmat kaunseling diberikan oleh kakitangan klinik kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Mereka dinasihatkan datang ke klinik untuk mendapatkan ujian atau rawatan lanjut.

Sambutan yang diberikan oleh penduduk sangatlah menggalakkan. Penduduk yang ingin menjalani ujian dan pemeriksaan datang awal pagi. Mereka terdiri dari lelaki dan wanita yang kebanyakkan pada peringkat umur usia emas. Pemeriksaan tambahan untuk wanita dilakukan iaitu ujian Pap Smear. Rata rata orang ramai yang menjalani pemeriksaan menyatakan amat berpuas hati tentang perkhidmatan yang disediakan.

KRT Taman Intan juga menjemput sebuah syarikat swasta menyediakan perkhidmatan 'pemeriksaan mata'. Ini adalah satu tambahan perkhidmatan baru yang mana dapat memberi satu kelainan dari program yang pernah diadakan selama ini. Mereka yang menjalani permeriksaan mata boleh terus menempah kaca (cermin) mata sekiranya perlu.

Satu lagi tambahan adalah menjemput wakil dari produk makanan tambahan 'exfuse' mempamirkan produk mereka. Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan produk makanan kesihatan tersebut dari wakil syarikat.

r

Pengerusi KRT Taman Intan mewakili semua Ahli Jawatankuasa dan penduduk Taman Intan mengucapkan ribuan terima kasih kepada panel penasihat dan kakitangan Klinik Kesihatan Bakar Arang Sungai Petani keatas sumbangan perkhidmatan yang di berikan. 

Juga pihak KRT Taman Intan memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan disepanjang program tersebut.

  

Rabu, April 04, 2012

Akaun Bank

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang telah membuka Akaun Semasa (Current Account) Islamic di CIMB Bank Cawangan Taman Sejati Sungai Petani

No Akaun : 02130000719101




Ahad, April 01, 2012

Lawatan Ke Loji Pembersihan Air

Seramai 10 orang ahli panel penasihat KlinikKesihatan Bakar Arang meluang masa untuk membuat lawatan ke Loji Pembersihan Air Pinang Tunggal pada Sabtu 31 Mac 2012.

Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari proses rawatan air yang dibekalkan di kawasan Kuala Muda. Ahli panel diberi taklimat ringkas aliran proses bermula air sungai muda disaring dan di pam ke komplek rawatan. Bahan pengentalan dan pembauran di campurkan pada kuantiti yang tetapkan, kemudian melalui proses enapan, penapisan, pembasmian kuman, pembetulan pH, pengdosan fluoride dan akhirnya di pam ke tangki pengimbang sebelum di agihkan kepada pengguna.

Selepas taklimat ahli panel dibawa melawat ke tempat air sungai memasuki kolam rawtan, proses bahan kimia dicampurkan, proses pengentalan dan pembauran, tangki enapan dan penapisan, bangunan kimia, bangunan klorin dan akhirnya ke bangunan yang menempatkan pam.

Satu demonstrasi mencuci dan membersihkan tangki penapis pasir dilakukan oleh kakitangan loji. Ahli panel juga banyak soalan semasa taklimat dan semasa lawatan.

Lawatan ini nyata amat berguna dan memberi banyak pengetahuan kepada pelawat terutamanya ahli panel penasihat. Panel mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Loji Pembersihan Air Pinang Tunggal yang memberi keizinan lawatan ini.