Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Ahad, April 15, 2012

Mesyuarat Panel Penasihat - 04/2012

Mesyuarat panel penasihat kali ke empat diadakan pada Ahad 15 April 2012 mulai jam 2.30 petang. Mesyuarat diadakan dibilik mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Pengerusi meminta maaf kepada ahli panel kerana mesyuarat in dijadualkan pada Ahad 08 April terpaksa dibatalkan kerana sebab yang tidak dapat dielakkan.


Dua aktiviti dapat dilaksanakan iaitu program kemasyarakatan di Kampung Seberang Tok Soh pada 31 Mac dan Saringan Kesihatan di Taman Intan pada 14 April 2012.

Beberapa penambahbaikan dicadangkan untuk aktiviti tersebut. Diantaranya panel penasihat seharusnya mempunyai peralatan asas untuk melakukan kerja kerja gotong royong seperti cangkul, parang, sabit, gunting pokok, kereta tolak dan lain lain. Panel akan mendapatkan peralatan tersebut melalui sumbangan.

Atas kejayaan program kemasyarakatan tersebut, ia perlu diperluas dan perbagaikan. Contohnya program menziarahi orang orang sakit kronik dan memberikan khimat kaunseling dan nasihat. Panel juga boleh memainkan peranan untuk mencari 'defaulter' iaitu pesakit yang tidak menghadirkan diri untuk pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital.

Pihak klinik Kesihatan Bakar Arang bersetuju untuk menyidakan satu sudut panel penasihat. Meja dan kerusi akan disediakan untuk membolehkan ahli panel melakukan kerja kerja bantuan diklinik. Notis biard juga akan disediakan untuk mempamirkan aktiviti serta program yang dilakukan oleh panel penasihat.

Aktivit akan datang :

1.  Taman Cendana

      Pemeriksaan kesihatan untuk penduduk anjuran KRT Taman Cendana

      Tarikh  :           Sabtu 28 April 2012
      Masa :             08.00 pagi hingga 1.00 petang
      Tempat :          Dewan Orang Ramai Taman Cendana

     Ceramah :        Diabetes


2.  Taman Rhu

      Pemeriksaan kesihatan untuk penduduk anjuran KRT Taman Rhu

      Tarikh  :           Sabtu 05 Mei 2012
      Masa :             08.00 pagi hingga 11.30 pagi
      Tempat :          Dewan Orang Ramai Taman Rhu

     Ceramah :        'Tak Nak Obes' di kalangan remaja


3.  Taman Setia / Taman Sentosa

      Pemeriksaan kesihatan untuk penduduk anjuran KRT Taman Setia / Taman Sentosa

      Tarikh  :           Sabtu 12 Mei 2012
      Masa :             08.00 pagi hingga 4.00 petang
      Tempat :          Sekolah Kebangsaan Sing Kuang, Sungai Petani

     Program ini akan disertai oleh Hospital Pakar Metro, Hospital Pakar Pantai, Kelab Rotary
     dan Lion Club.


Baju T dan Streamer
Memandang banyak aktiviti dan program yang melibatkan panel, mesyuarat bersetuju untuk menempah baju T untuk ahli panel. Beberapa 'streamer' akan ditempah untuk memperkenalkan panel penasihat kepada orang ramai.