Pada konvensyen dwi tahunan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Kebangsaan kali ke Lima, 2011 yang diadakan di Summit Hotel, USJ Selangor pada 16 April 2011, peserta mendengar pembentangan program yang dijalankan oleh panel penasihat Klinik Kesihatan Tampin yang mewakili Negeri Sembilan.
Panel Penasihat Klinik Kesihatan Tampin membentangkan program bertajuk ‘Kembali Ke Pangkal Jalan’. Ia adalah ‘Program Terapi Gantian Methadone atau PTGM’ untuk penagih dadah. Di klinik ini penagih dadah di panggil ‘pesakit’. Program ini dilancarkan pada akhir tahun 2006 di seluruh negara termasuk hospital dan klinik awam dan swasta. Setakat ini Klinik Kesihatan Tampin adalah satu klinik yang paling berjaya dalam melaksanakan program tersebut.
Program ini adalah untuk penagih heroin, morhine dan codien bertujuan meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup orang yang bergantung kepada dadah, mengurangkan relapse, meningkatkan keadaan fizikal dan mental, mengurangkan penyakit berjangkit termasuk HIV , Hepatitis B dan C dan mengurangkan kegiatan jenayah.
Panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang sememangnya mencari tempat dan program sesuai dilawati untuk dijadikan sebagai aktiviti panel dimasa masa akan datang. Disamping menimba pengetahuan yang akan dimanafaatkan dan dijadikan contoh pelaksanaan, lawatan tersebut juga dijadikan sebagai insentif kepada ahli panel yang memberikan khidmat secara sukarela kepada masyarakat.
Program tersebut akan diperluaskan ke seluruh negara dan ahli panel serta kakitangan klinik Bakar Arang ingin mendapatkan first hand experience dan knowledge dengan melawati tempat yang telah berjaya menjalankan program tersebut.
Rombongan panel penasihat KK Bakar Arang di ketuai oleh Dr. Shahid Pervez dan Pengerusi Panel Penasihat En. Ibrahim Bin A’Kasah. Seramai 17 peserta mengikuti rombongan tersebut terdiri dari panel penasihat awam dan kakitangan klinik kesihatan.
|
Jaafar Mulup dan Dr. Dharma |
Taklimat mengenai program yang dijalankan disampaikan oleh Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Tampin, Cikgu Jaafar Mulup. Sessi soal jawap di kendalikan oleh Dr. Dharma.
Methadone adalah dadah sinthetik yang diproses dimakmal yang mempunyai persamaan dengan heroin. Ia bertahan lebih lama didalam badan. Pengambilan methadone boleh menghilangkan atau mengurangkan kesan ‘withdrawal symptom’ jika berhenti dari mengambil dadah.
Selain dari memberikan dos methadone setiap hari, pesakit juga dipantau dengan mengadakan ujian air kecing setiap hari atau pada kekerapan tertentu. Kaunselling juga diberikan secara berterusan. Pesakit dikehendaki datang ke klinik dan mengambil nombor giliran. Tiada penaftaran diperlukan kerana data peribadi pesakit telah disimpan oleh pihak klinik.
Pesakit dikehendaki mengambil dos methadone yang disediakan dalam botol plastic di hadapan pegawai Farmasi bertugas. Kemudian pesakit dikehendaki melafazkan beberapa patah perkataan di hadapan pegawai tersebut untuk memastikan methodone betul betul ditelan oleh pesakit. Pesakit kemudian dikehendaki berkumur dan menelan air. Pesakit juga dikehendaki mencuci botolnya sendiri dan meletakkan ditempat yang disediakan. Botol akan ditukar dengan yang baru mengikut jadual.
Ada juga pesakit yang dibenarkan membawa pulang bekalan methadone untuk diambil dirumah. Biasanya pihak klinik akan membenarkan kepada pesakit yang telah lama yang mempunyai rekod kedatangan cemerlang. Bekalan yang diberikan hanya untuk satu atau dua hari sahaja dan pesakit perlu datang ke klinik untuk rawatan seterusnya.
Pihak klinik tidak mengalakkan perkara ini, ia hanya dibenarkan pada kes kes tertentu sahaja. Pesakit perlu menjalani sessi kaunselling dan ujian kesihatan berterusan untuk menjadikan terapi ini berkesan. Jaminan keluarga terdekat diperlukan untuk memastikan pesakit mengambil methadone sekiranya dibawa pulang kerumah.
Jumlah dos boleh dikurangkan ketahap minima. Walaupun ada pesakit yang boleh diberhentikan dari mengambil methaone tetapi pihak klinik menggalakkan untuk mengekalkan terapi sehingga pesakit benar benar sembuh.
Keluarga dan penduduk setempat mempunyai kaitan secara lansung dengan pesakit. Pada peringkat awal pihak klinik dengan ahli panel penasihat akan menziarahi keluarga pesakit untuk mendapatkan latar belakang pesakit dan keluarga. Penerimaan keluarga dan masyarakt terhadap pesakit adalah penting bagi menjayakan program ini.
Ada juga pesakit dari luar datang untuk mendapatkan khidmat PTGM disini. Satu kes dimana pesakit yang juga penghidap penyakit AIDS yang selama ini merempat dan tiada tempat tinggal dan keluarga telah diterima untuk mendapat rawatan PTGM di Klinik Tampin. Panel penasihat telah menyediakan sebuah rumah kecil di tanah kerajaan dan membenarkan dia menggunakan tanah untuk bercucuk tanam.
Pada mulanya ia mendapat bantahan dari penduduk disekitar kerana bimbangkan mereka akan dijangkiti penyakit yang dihidapi. Pengerusi panel bersama dengan Pegawai Daerah dan pihak polis mengajak orang kampung berdekatan dengan rumah sementara tersebut telah mendemonstrasikan kepada orang ramai bahawa dengan bersentuhan, mencium pipi dan berpelukkan dengan pesakit. Tiada risiko berjangkit.
Walaupun pesakit tersebut meninggal dunia dua tahun kemudian, ia sempat menjadi guru membaca al-Quran kepada anak anak orang orang kampung dan berjaya bercucuk tanam disekitar rumah kediaman sementara. Dia juga menjadi Maazin (tukang azan) disurau kampung tempat dia tinggal.
Apa yang membanggakan, kalau selama ini dia disisihkan dan dipinggir oleh keluarganya sendiri termasuk isteri, anak dan adik beradik, tetapi ketika dia meninggal dunia, keluarga terdekat menuntut mayat beliau untuk dikebumikan di kampung halaman di sebelah utara semanjung.
Bagi memastikan pesakit-pesakit ini terus kekal dalam program ini, pelbagai usaha telah di jalankan oleh pihak klinik dengan kerjasama agensi-agensi lain di daerah Tampin. Panel penasihat dengan kerjasama ajensi kerajaan lain termasuk Pejabat Daerah, AADK, Polis, Jabatan Petanian dan lain lain ajensi sentiasa memberikan perhatian kepada pesakit. Mereka sering mengadakan aktiviti melibatkan pesakit dan masyarakat.
Ini kerana rawatan methadone sahaja tidak memadai tetapi perlu meliputi aspek psikosoial pesakit juga. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti mengadakan ceramah-ceramah keagamaan dan kerohanian, pendidikan kesihatan, sesi motivasi dan aktiviti-aktiviti lain sepanjang tahun bagi mengekalkan kepulihan mereka. Rata-rata peserta dalam rawatan ini telah menunjukkan perubahan positif yang sangat menggalakkan.
Kebanyakkan pesakit dibantu untuk memulihkan ekonomi mereka. Bantuan diberikan untuk pesakit mendapat pekerjaan agar mereka tidak menghadapi sebarang tekanan hidup dan kembali mengambil dadah sebagai jalan keluar dari masalah. Ada juga pesakit yang diberikan peluang untuk menjadi petani dan penternak diatas tanah yang disediakan.
Pesakit juga digalakkan untuk membawa rakan rakan meraka yang terlibat dengan dadah untuk mengikuti program PTGM ini.
Ada juga pesakit yang lari semasa menjalani rawatan ini. Pihak klinik dan panel penasihat akan menjejaki mereka dan memujuk mereka kembali mendapatkan rawatan. Kadang kala pihak klinik akan membawa methadone untuk diberikan kepada pesakit dirumah kerana terdapat kes dimana pesakit tidak dapat datang ke klinik kerana masalah lain seperti tidak mendapat kebenaran keluar dari majikan tempat mereka bekerja.
Cabaran yang paling sukar adalah pesakit berhenti terus dari mengikuti terapi ini kerana beberapa sebab. Antaranya pesakit berpindah ketempat lain, ditangkap polis atas kes jenayah atau kembali menagih kerana desakan rakan atau masalah hidup. Jumlah pesakit yang kembali mengambil dadah amatlah rendah. Jenayah yang dilakukan oleh pesakit juga menurun mendadak jika dibanding sebelum program ini dijayakan.
Kejayaan melaksanakan program ini meletakkan Klinik Kesihatan tampin di peta Dunia. Selain dari dijadikan role model, tempat kajian oleh universiti tempatan, rujukan oleh kementrian kesihatan dan ajensi dadah ia juga menerima banyak kunjung an dari dalam dan luar negara untuk mendapatkan maklumat dan pelaksanaan.